Jumaat, 5 Februari 2010

CADANGAN UNTUK BERALIH KE WORDPRESS

Salam,
Kepada seluruh pembaca setia, sahabat sahabat sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar cetusan hati saya dalam blog ini. Saya harap perkongsian saya diruangan ini akan memberi sedikit ruang untuk kita merelakskan fikiran kita.

Disaat blog ini semakin dekat dihati pembaca saya,di saat nama 'warkah' ini sudah sinonim dengan sebutan sahabat sahabat, terdetik dihati saya untuk melakukan transformasi ke dunia baru, iaitu wordpress. Sebagaimana blog saya yang sebelum ini zamankini.blogpsot, blog ini juga akan mengalami transformasi yang sama.

Walaupun saya telah bertukar ke zamankini.wordpress, namun masing ada pengunjung yang klik di blok lama saya. Mungkin rindu agaknya. Saya dengan berat hati ingin menyatakan bahawa dalam masa terdekat saya akan menghijrahkan blog catitan peribadi ini ke wordpress.

Bila segala galanya selesai, saya akan maklumkan dalam blog ini. Ok sahabat jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan