Sabtu, 6 Februari 2010

PENGUMUMAN PENTING

DENGAN INI DIUMUMKAN,

BAHAWA PENULIS SUDAH SECARA RASMINYA BERALIH KE WORDPRESS SEBAGAI MEDAN PENULISAN TERBARU. PENULIS TELAHPUN MEMILIKI AKAUN WORDPRESS YANG BARU IAITU :

BLOG PERIBADI

http://ikhlasdariku.wordpress.com/

BLOG ISU ISU SEMASA

http://zamankini.wordpress.com/

PENULIS MEMOHON MAAF DI ATAS SEBARANG KESULITAN. PENULIS AKAN MENUMPUKAN PENULISAN PADA KEDUA DUA BLOG DI ATAS. BLOG BLOG YANG LAMA BERKEMUNGKINAN TIDAK AKAN AKTIF LAGI. 

SEKIAN. JUMPA ANDA DI WORDPRESS!

Jumaat, 5 Februari 2010

CADANGAN UNTUK BERALIH KE WORDPRESS

Salam,
Kepada seluruh pembaca setia, sahabat sahabat sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar cetusan hati saya dalam blog ini. Saya harap perkongsian saya diruangan ini akan memberi sedikit ruang untuk kita merelakskan fikiran kita.

Disaat blog ini semakin dekat dihati pembaca saya,di saat nama 'warkah' ini sudah sinonim dengan sebutan sahabat sahabat, terdetik dihati saya untuk melakukan transformasi ke dunia baru, iaitu wordpress. Sebagaimana blog saya yang sebelum ini zamankini.blogpsot, blog ini juga akan mengalami transformasi yang sama.

Walaupun saya telah bertukar ke zamankini.wordpress, namun masing ada pengunjung yang klik di blok lama saya. Mungkin rindu agaknya. Saya dengan berat hati ingin menyatakan bahawa dalam masa terdekat saya akan menghijrahkan blog catitan peribadi ini ke wordpress.

Bila segala galanya selesai, saya akan maklumkan dalam blog ini. Ok sahabat jumpa lagi.

Khamis, 4 Februari 2010

AFNAN BERUSIA 22 TAHUN

 
sewaktu praktis teater di Matrik Gopeng

Mungkin saya terlupa. hari ini juga hari lahir ke-22 buat sahabat saya yang bernama Afnan. Saya mohon maaf kerana alpa,khilaf dan lupa dengan harijadi beliau. Apapun, selamat Hari jadi Afnan Aminudin. semoga cepat cepat dapat kerja dengan PETRONAS.

Buat pengetahuan semua, saya bertemu afnan buat pertama kalinya sewaktu di dalam Tronoh Theatre Shop (TTS).Pada waktu itu kami masih fondation,Beliau Jan05 saya July05. Beliau adalah seorang aktor yang handal. Pandai berlakon, lebih lebih lagi apabila digandingkan dengan Hidzir, juga seorang pelakon.


Buat pengetahuan semua, kami bertiga pernah digandingkan dalam satu teater yang bertajuk 'Asylum' . Kami telah diundang untuk perform di matrikulasi Gopeng. Buat pengetahuan semua, Suara Hidhir sangat kuat.Afnan pun sama. Kedua duanya bersuara kuat.

Afnan ni pernah jadi EXCO MPP dan rumatenya adalah Hidzir pada sepanjang masa. Beliau memiliki gaya bercakap yang unik dan semestinya menarik bila mana beliau menjadi fasilitator MAS. Saya pernah bekerja sekali dengan beliau dalam MAS jan07 dan Titian Budi 2008. jadi saya kenal la siapa dia Afnan ni.

Kesimpulannya. Hepi Besday Afnan. Maaf zahir dan batin.


HARI JADI FIRDAUS ISMAIL KE-23

                                                                   pic 1: waktu fondation

Saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada sahabat saya Muhamad Firdaus Bin Ismail yang ke-23 tahun. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam baki umur beliau yang masih ada, InsyaAllah.Saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama ke mapley sebentar tadi kerana masalah kenderaan yang tidak mengizinkan.

Saya mengenali Firdaus aka Daus Media ini semenjak Fondation lagi. Dia adalah seorang sahabat yang baik. Beliau berasal dari Taiping Perak. Dahulunya daus ini kurang dikenali. Tetapi semenjak penglibatan aktif beliau dalam Medtech, nama beliau terus melonjak dan menjadi sebutan ramai. Kini nama Daus Media sudah sinonim dengannya.

                                                                pic 2: waktu muda muda

Bagi saya Daus ini suka membantu sahabat. Dahulu saya pernah hilang kunci bilik. Dia sanggup bersusah payah masuk bilik saya di V5F menerusi tingkap tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Terlalu banyak kalau nak disebutkan pertolongan beliau untuk saya sebut satu persatu dalam ruangan ini. Beliau juga seorang yang berahsia. Sangat berahsia terutamanya tentang keluarga. Bila dekat nak final year ni barulah dia ada bercerita dan berkongsi.

                                                          pic3 : sewaktu program smart solat

Daus ini orangnya juga low profile. Dia bukan seperti saya yang.........Dia senyap saja orangnya tapi rajin bekerja. Dan yang paling penting Daus ni orangnya score dalam akademik dan sebabnya hanya satu iaitu beliau seorang yang rajin berusaha. Biarkan sibuk nak m&#p*s dalam jadual hariannya, tapi akademik itu tetap keutamaannya.

                                                                pic4 : waktu intern

Apapun, Daus ini bagi saya sahabat yang cukup memahami. Dia cukup kenal dengan saya. Nakal saya juga dia tahu.Serba serbi dia tahu. Saya bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang baik sepertinya. InsyaAllah kita kekal sahabat dunia akhirat. Selamat Hari Jadi Daus. Maaf zahir dan batin.

Isnin, 1 Februari 2010

SAMBUTAN HARI JADI BAEM,SYED DAN IZWAN

HOBI
Menyambut harijadi bukanlah hobi saya sebenarnya. Cuma terikut ikut dengan orang lain yang selalu sambut harijadi sahabat mereka.Setakat saya hidup ni, wish besday orang tu selalu la, tapi kalau nak sambut betul betul tu hanya dua kali je kot setakat ni. Pertama saya sambut harijadi adik saya  Aizuddin Segamat.Kedua ialah sambutan sebentar tadi iaitu harijadi serentak tiga sahabat iaitu Baem,Syed dan Izwan.

Sekarang saya baru tahu bahawa menyambut harijadi ni bukan kerja senang.Saya rasa modul dalam Minggu Aluan Siswa lagi senang nak handle daripada harijadi. Bukan sebab apa. Banyak cabarannya sambutan harijadi ni.Yang paling susah nak handle ialah KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT sekalian. Saya pada asasnya faham bahawa sahabat sahabat semuanya sibuk. Macam macam perkara yang menjadi halangan walaupun rasanya dah inform lebih awal.

Biar saya cerita kronologi sambutan harijadi hari ni:

11.40 pagi-12.30tgh hari

Misi mencari kereta telah dimulakan. Saya bekerja sama dengan Mukmin shbt saya untuk urusan cari kereta. Survey sana sini ada ada saja halangan nya. Akhirnya Mukmin berjaya meminjam kereta milik Hannan.

2.00 petang-4.00petang

Misi ke Ipoh bermula. Seusai sahaja solat Zohor, saya dan Mukmin pun bertolak ke Ipoh menaiki kereta wira milik Hannan. Isi minyak RM20 guna duit saya dulu. takpe. Saya pun keluar duit RM100 dari mesin ATM.Sampai saja di Secret Recipe Ipoh,kami pun survey kek pula. Terlalu banyak jenis kek. Rambang mata nak pilih. Akhirnya kami pun try 2 kek berbeza dengan cara beli dua slice berbeza terlebih dahulu. Hmm,nyam nyam nyam..sedap.Akhirnya kami pun pilih kek white Chocolate Cake dengan harga RM75. Bila campur campur dengan dua slices tadi kene bayar dalam RM93.

Sepanjang perjalanan balik saya telahpun assign Naufal untuk invite 10 orang sahabat Jan08 ke majlis sambutan itu nanti. Manakala bagi undangan July07 saya telah memberi tugasan itu kepada Aizuddin Segamat. Jadi akan ada lebih kurang 20-25 orang dalam Majlis itu nanti.

4.00petang-5.00petang

Kamipun hantar kek ke rumah saya di v5B terlebih dahulu kerana takut cair. kemudian kami terus ke Taman Maju untuk beli kacang dan air HPA. ini adalah makanan sampingan. Sebab duit saya dah habis maka Mukmin terpaksa menggunakan duitnya terlebih dahulu sebanyak RM20. Memandangkan kami belum makan tengah hari, jadi kami pun terus bersantap di kedai makan Nasi Lemak Kukus Taman Maju. Mukmin belanja..

5.00 petang-7.15 petang

Kami asar di masjid dan terus baca Al Maathurat secara beramai ramai. Secara tiba tiba hari hujan lebat. Maka kamipun terkurung di Masjid. Secara tiba tiba Aizuddin Segamat Menarik diri dari meng-invite sahabat July07 sebab dia kata dia sedang bizi. Jadi saya dengan berat hati pun menggalas tugas tersebut. Maka saya pun mesej dalam 10 orang sahabat july07 dan minta mereka reply untuk konfermkan kehadiran. Separuh saja yang reply.

7.15petang-9.00 malam

Saya solat maghrib di Masjid An-Nur. Lepas solat rasa macam nak stay je. Sahabat lalu lalang. Pali ada tapi masing masing berlalu begitu sahaja. Mungkin ada tugas kot. Saya hanya duduk dalam masjid sambil berzikir dan baca mathurat sorang sorang. Saja nak tenangkan diri. Ingat dosa. Ingat Tuhan. sambil sambil tu tangan ligat menulis mesej ke sahabat sahabat pasal harijadi budak tiga orang ni. Risau sangat malam nanti tak ramai yang turun.


9.00malam-12.00 malam

Alamak!! meeting habis lewat plak. Nak skip tak boleh sebab meeting penting. Saya pun mula risau apa nak jadi dengan majlis tu nanti. Tangan saya ligat menghantar mesej mengingatkan semua tetamu untuk hadir. Habis sahaja meeting saya terus cabut balik nak ambil kek.
Bila saya tanya Mukmin dah ready kat sana ke belum, dia pun cakap baru nak packing, baru nak siap siap..Heloinnnnn?baru nak pegi? Tapi takpelah. Mungkin ada kerja.


Tiba tiba ramai yang mesej kata masih dekat booth MMK la, ada keja ni la, tak boleh lama la, bla bla bla..macam macam la. Yelakan~ orang bizi semua. Lagipun esok memang ada Minggu Mesra Kampus (MMK). So nak wat cam mana...

Saya balik bilik terus kejut Hidhir yang tengah tido lentok. "Helo..bangun skang..dah lewat dah ni" ujar saya kepada Hidhir. Maka kami pun bertolak. dalam fikiran saya jangkakan at least 20 orang kena ada malam tu. Sebenarnya bukan apa. Kalau 20 hadir, at least lagi meriah,sampai maksud majlis tu dan yang penting PULANG MODAL. yela, mahalkan majlis tu. Ala ala Grand punyer celebration.

Bila sampai kat pavilion masjid tu, rupanya baru ada 4 orang. Yazid,Mukmin,Izwan (besday boy) dan hafizi. Lepas tu datang lagi Syed (Besday Boy) dan Baem (Besday Boy). beberapa minit kemudian datang pulak Syawal (berkain pelikat) dan juga Faisal. Diikuti oleh Che Boo dan Aizuddin Segamat. Kemudian Amin Jailani pun sampai (berkain pelekat). Kemudian tibalah Naufal Al Habshi berjalan kaki dari V5 (jauhkan?). Dan the late comers untuk malam tu adalah Zulgmie dan Juga Asnawi.

Bila di kira kira balik hanya 16 orang yang datang daripada 25 orang iaitu sekitar 64% sahaja kehadiran. Disebabkan semua orang datang pada time interval yang berbeza maka majlis itu meleret leret hingga ke pukul 1.30 pagi!!

1.30 pagi

Masing masing beransur balik. Last sekali tinggal saya dan Asnawi beserta Zulgmie berbincang soal ukhuwah. Kami sempat rakam ucapan video dari Zulgmie. Lepas kemas kemas meja dan matikan kipas kami pun bertolak pulang.


KESIMPULAN MAJLIS

Majlis malam ni tidak teratur. Tiada ucapan. Hanya gurauan dan senda gurau sahaja. Kehadiran sangat mengecewakan. Kehadiran Jan08 ialah 2/10. Agak sedih disitu. Tapi saya bersangka baik. dengan mereka semua. Cake pun lebih. Rasa macam nak makan je sorang sorang. Tapi rasa muak pulak. Rasa nak muntoh pun ada.

Tahniah kepada batch July07 yang ramai turun malam tu. Lagipun 3 orang besday boy memang dari batch ini pun.(Izwan,Syed dan Baem). Tahniah juga kepada batch Jan08 yang tidak hadir. At least mereka ada kerja kerja lagi penting yang boleh disiapkan.
Special thanks to Hidhir sebab sudi hadir. Walaupun status sebagai orang asing, namun dia tetap mengagahkan diri untuk hadir. Sebenarnya dari segi financialnya majlis ini mencatatkan deficit/kerugian sebanyak lebih kurang RM65. Siapakah rasanya yang bakal menanggung kerugian ini?Sila Jawap.
Nasib baik Hidhir dah janji nak support lebih sikit untuk majlis ni. So bolehlah saya claim dari dia. Lagipun dia dah kerja di Kuala Lumpur.Mengajar Tusyen lagi. Memang kaya. Jadi pagi besok saya akan bincanglah dengan dia.


PERSOALAN

Serikkah saya menyambut Harijadi lagi???
Takpe. Sekarang Task kalian pulak. Harijadi Saya dijangka jatuh 24 FEB ini. Maka saya nak lihat akan ada tak orang yang akan buat kerja kerja gila seperti yang saya buat hari ni???Akan ada tak orang yang ingat harijadi saya.Sama sama kita saksikan.



Rabu, 27 Januari 2010

NAK DI JADIKAN CERITA

Malam tadi saya bercadang untuk tidur dibilek sahabat di V5D. Ini adalah satu kebiasaan bagi saya sejak dahulu lagi untuk mengeratkan ukhuwwah sesama sahabat. Dek kerana tidak pernah lagi bertandang ke rumah mereka,maka saya pun datang malam tadi.

Agak lewat saya hadir malam tadi, sekitar pukul 1.30 pagi. Saya sudah memaklumkan kepada sahabat saya itu bahawa saya akan sedikit lewat sebab ada kerja kerja lajnah yang perlu dibereskan. Jadi saya pun datang meredah hujan renyai renyai bersama kain cadar.Why kain cadar?sebab saya nk kasi pinjam kat sorang shbt ni, kain cadar die kecik dan tk sesuai dengan tilam v5 yg tebal.

Dipendekkan cerita, shbt saya tu dah tidur dan pintu telahpun berkunci. Mungkin dia dah tunggu tapi kerana saya lewat maka pintu pun trkunci. Saya pun tak sampai hati nak kejutkan.Saya pun terus ke rumah sebelah berjumpa sahabat yang saya ingin pinjamkan cadar. Dia cakap dia dah ada cadar dah. Jadi tak perlu lah cadar yang saya bawak tu.

Disebabkan hari dah lewat,saya pun bercadang tido di mana mana bilek sahabat kat sana. Tapi ada seorang sahabat ni tak kasi pulak tido sana. Tak taulah mungkin dia bergurau ke apa. Tapi dia cadangkan supaya saya tidur bilik sebelah.Akhirnya saya pun mengambil keputusan pulang dan tidur dibilik sendiri.

Lupa nak cakap,ada sorang mamat ni siap kunci pintu lagi bila saya datang. Mungkin dia bergurau kot. Tapi sikit punyer bergurau sampai tak bukak bukak dah pintu tu. Takpelah.

Jadi saya pun berjalan balik dan tido kat bilek  sendiri.Nasib baik saya tidak berkecil hati. Saya melihat itu semua sekadar gurauan mereka. Takpelah. Kita dalam hidup ni tak boleh memaksa. Semuanya kene ikhlas .

Terima Kasih atas layanan baik antum semua =)


Selasa, 26 Januari 2010

POST NO 11

SELAMAT HARI JADI SYED HAQ

Hari ini adalah hari yang bersejarah. Adik saya, Syed Muhamad Abdul Haq Bin Syed Mat Daud kini menjangkau usia 21 tahun.Sebenarnya beberapa bulan yang lepas saya sudah mula bertanya dan sudah berkira kira untuk menyambutnya.Malam tadi saya sebenarnya sudah hampir hampir lupa. Mana tidaknya meeting saya habis lambat. Secara kebetulan pula kredit saya RM 0.00. Nasib baik internet tak buat hal malam tadi.

Saya ingin bercerita sedikit tentang Syed Haq ni.Saya kenal dia sudah hampir 3 tahun. Saya dahulunya adalah fasilitator smartgroup beliau. Jadi semenjak beliau fondation kami memang sudah kenal. Alhamdulillah berkat komitmen kami pada smartgroup/usrah , hubungan persahabatan kami semakin erat sampailah ke hari ini. Bagi saya dia adalah lebih kepada adik dari sahabat. Syed Haq bersama Mukmin,Zulhilmi,Amin Jailani terus kekal rapat dengan saya hinggalah sekarang.

Syed Haq ini orang Perak. Beliau asal Manong. Sekolah asalnya dekat saja dengan UTP. Awalnya dia bukanlah siapa siapa. Dia hanyalah student biasa. Tapi kini perjalanan hidupnya sudah berubah. Bermula dengan komiti biasa dalam Event Rakan Masjid beliau terus mengukuhkan kedudukan dengan menjadi HICOM TEC seterusnya Head Exhibition Pesta Konvo 2009. Beliau kini sudah dikenali ramai.Bagi meneruskan perjuangannya, beliau telah mengambil langkah bertanding Pilihanraya kampus.

Dipendekkan cerita, Beliau menang tanpa bertanding. Saya yakin beliau mesti merasa lega kerana bukan mudah mengharungi tempoh berkempen. Penat bukan kepalang. Tapi itu tidak bermakna beliau menang percuma. Saya sendiri melihat kesungguhannya menyediakan teks manifesto dan usaha usaha lainnya. Tapi saya yakin tanpa ragu, sekiranya ada pertandingan, beliau akan menang. InsyaAllah.

Walaupun Syed Haq ini sudah bergelar MPP, sudah ber'coat' ke sana sini,sudah meeting ke sana sini dan mungkin sudah mula sibuk dengan agenda agenda mahasiswanya, beliau tidak pernah berubah walau sedikitpun. Dia tetap sama. Tetap sempoi seperti biasa. Tetap rajin ke masjid solat jamaah dan tetap ada masa bersama saya dan kami semua teman teman karibnya.


Selamat Hari Jadi Syed! Semoga kasih sayang dan perlindungan Tuhan sentiasa bersamamu. Abang doakan Syed terus maju dan berjaya!

Ahad, 24 Januari 2010

POST NO 10

BERAKHIRNYA MAS 2010

MAS 2010 akhirnya melabuhkan tirainya. Semalam telah diadakan majlis penutup bagi menandakan tamatnya hari hari meletihkan bagi semua fasilitator. Malam itu juga bermaksud bermulanya satu kehidupan baru bagi adik adik kita di alam iniversiti ini.

Apa yang sudah saya capai sepanjang MAS 2010 ini?Terdapat beberapa perkara yang saya berjaya dapatkan sepanjang MAS Jan10 ini. Pertama, saya akhirnya berjaya menempatkan diri semula kedalam Minggu Aluan Siswa setelah 3 tahun lamanya menunggu peluang sedemikian. Kali pertama saya menyertainya ialah  pada Jan2007.Dek kerana kesibukan dengan aktiviti aktiviti lain (ConvoFair,MAP,TB) maka hasrat saya terbantut sejak sekian lama.

Kedua, saya dapat bekerja dengan adik adik/sahabat sahabat saya. Saya tak sangka saya adalah antara yang paling senior dalam MAS kali ini.Jadi saya sebenarnya bekerja dengan adik adik saya. Dalam masa 10 hari ini saya gunakan dengan sebaiknya untuk memperbaiki hubungan baik saya dengan mereka semua terutamanya ahli ahli department saya sendiri ARP.MAS ini adalah ruang untuk kami lebih mengenali hati budi,perangai dan tabiat masing masing. MAS menjadikan saya lebih kenal dengan mereka semua dan mereka pun lebih kenal siapa saya.

Ketiga saya dapat mengenali lebih ramai kawan.Boleh dikatakan ramai muka muka baru yang saya temui dalam MAS kali ini. Tidak dinafikan hubungan kami akrab sepanjang MAS berlangsung. waktu yang paling menyeronokkan adalah Post Mortem. Walaupun mengantuk tetapi pada waktu waktu begini ada ada sahaja perkara lucu yang berlaku.MAS memang memenatkan tapi cukup berbaloi kerana ia juga menyeronokkan.

Ke empat,saya dapat mengenali pelajar pelajar baru.Kesempatan MAS ini membolehkan saya berkongsi serba sedikit kehidupan kampus UTP ini dengan mereka. Memandangkan saya adalah super-senior di UTP ini maka ramai yang bertanya dan meminta panduan kepada saya mengenai banyak perkara. Seronok rasanya berkongsi pengalaman dengan mereka.

Banyak sebenarnya pengajaran MAS kali ini. Tapi saya tidak terdaya untuk meluahkan semuanya. Apapun, kepada semua fasilitator yang membaca post ini, saya pohon maaf atas sebarang kekhilafan saya sepanjang MAS kali ini.Jika ada terlanjur bicara,terlebih kata,tersebut yang bukan bukan, maafkanlah saya. Saya terlebih dahulu telah memaafkan anda semua.

Sekarang masanya untuk saya restructure semula perjalanan hidup saya yang agak kusut dan in-organise sepanjang MAS ini.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat untuk sem baru esok.Sama sama kita lakukan yang terbaik untuk hidup kita. Bila ada peluang saya akan upload gambar gambar MAS yang ada kelak.

Khamis, 14 Januari 2010

POST NO 9


Saya minta maaf kepada semua sebab tak update blog ni. Saya sebenarnya sekarang sedang sibuk sedikit dengan MInggu Aluan Siswa. Almaklumlah kena hadir Training Fasilitator, jadi memang agak sibuk la.Saya telah di amanahkan sebagai Head untuk Activity and Role Play (ARP).

ARP ni satu departmen yang menjalankan aktiviti dan modul modul khusus untuk pelajar baru. Saya sangat beruntung kerana dalam ARP kali ni saya digandingkan dengan adik adik saya yang berbakat besar seperti Aizuddin Halim,Fadhli Sayuti dan tak lupa juga sahabat sahabat baru Zahin,Amalina dan Hadijah.

So far memang seronok bekerja dengan mereka.Alhamdulillah bekerja dalam ARP ni banyak mengeratkan hubungan persahabatan kami. Saya tak pernah terfikir untuk dapat bekerja bersama sama mereka sebelum ni. Semasa saya praktikal dulu, saya hanya mampu mendengar bahawa Aizuddin Halim dan Fadhli (shbt baik saya) seronok dalam MAS.

Tapi biasalah, saya ni dah 3 tahun tak masuk MAS. Lagipun ni baru kali ke-2 saya masuk. Jadi kurang pengalaman dan juga banyak perubahan yang saya lihat sejak Jan 2007 dulu. Jadi tidak hairanlah adik adik saya lagi menonjol dan lebih kreatif. Baguslah  kalau macam tu.Saya tidak harus melihat ini sebagai satu masalah kredibiliti atau sebagainya kerana masing masing ada kebolehan masing masing yang perlu ditonjolkan.

Risau jugak saya sebab FYP dan FYDP tak mula mula lagi. Takut nnti kelam kabut nak buat bila sem baru bermula. Tapi takpelah. Ini adalah MAS terakhir buat saya InyaAllah. Inilah masa terbaik untuk bersama sahabat sahabat.

p/s: gambar di atas adalah waktu pertama kali saya menyertai MAS pada Jan07. Waktu tu saya baru nak masuk tahun 1 semester 2. Sekarang saya sudah di tahun 4 semester ke 2.Saya bersama abang Hasbullah di Dewan Chancellor.Nanti saya akan update gambar saya waktu MAS Jan10 pula.

sampai bertemu lagi..

Khamis, 7 Januari 2010

POST NO 8





Ini adalah gambar semasa kelas tuisyen kami yang pertama.Zul mengajar kelas Quran & Tajwid untuk sejam pertama. Manakala saya mengajar Matematik Untuk jam berikutnya.Student kami bernama Abdul Hadi. Selain mengajar kami juga dijamu dengan sate dan juga murtabak. Sedap!!



Rabu, 6 Januari 2010

POST NO 7

STUDENT PERTAMA

Semalam saya dan zul ke ipoh membeli buku buku latihan bagi kegunaan tuisyen. Selepas itu kami pergi bertemu dengan  student kami yang pertama untuk sesi berkenal kenalan.Mulanya ingin pergi ke rumahnya,namun ibunya mengisyaratkan untuk bertemu di KFC Taman Maju pukul 8 mlm.

Kami pun bertemu. Bertuahnya kami kerana dibelanja makan KFC oleh ibunya. disitu kami berkenalan dan berbincang tentang macam macam perkara. Nama student kami adalah Muhamad Abdul Hadi, seiras nama housemate kami, Abdul Hadi Alias.

InsyaAllah buku buku sudah sedia. Kami akan memulakan sesi pembelajaran pada Khamis ini.

p/s : Hari ini kami nak pergi edar pamphlet lagi ke sekitar tronoh berkenaan dengan tuisyen.

Selasa, 5 Januari 2010

POST NO 6

BUAT DUIT DENGAN PRIVATE TUISYEN

Fuh! penat rasanya. Ana baru je sampai kat bilik ni. Ana baru je balik dari Seri Iskandar, bertemu dengan pemilik GEDUNG SERI ISKANDAR TEXTILES. Mesti ramai tertanya tanya sebab musabab pertemuan kami. Betul tak?Ok ana cerita satu persatu.

SEMALAM, sekitar pukul 9.15pm, ana mendapat call dari nombor yg tak dikenali. Dia cakap begini 'Salam,ni Kak Faezah bercakap.ni kamarulzaman kan yang ada dalam keratan iklan tu kan?ok macam ni saya ada nampak iklan yang awak mengajar tuisyen persendirian.Jadi saya nak khidmat awak la untuk mengajar anak saya. Dia tingkatan tiga sekarang. harap awak dapat bantu dia la. So berapa awak charge untuk satu subjek?saya ingat saya nak awak ajar 'BEBERAPA' subjek. Boleh kita jumpa esok pukul 11.00am di kedai saya?

Saya pun jawap 'Ok Kak Faezah, esok kita jumpa pukul 11.00am' ujarku padanya.

Jadi tadi saya sebenarnya baru balik berjumpa dia. Kak Faezah ni ramah orangnya. Dia memiliki gedung textile yang sangat laris jualannya. Senang cerita orang berada jugak la rasanya. Dalam pertemuan tu kami bincangkan beberapa perkara. Pertama dia offer 4 subjek untuk saya ajar; Math,Sains,Bahasa Inggeris dan Juga fardu ain. Kebetulan saya dan roomate saya, Zulfadli memang sedang bekerja sama nak ajar tusyen. Jadi kami kongsi la. Saya ajar Math,BI dan Zul ajar Sains,Fardu Ain.

Kemudian kami cerita pasal bayaran. Nak tau berapa kami charge?buat pengetahuan semua, tuisyen persendirian ni lain dari tuisyen biasa. Untuk tuisyen persendirian,kita akan pergi mengajar ke rumah murid dan hanya mengajar dia seorang. Jadi charge dia biasanya lebih tinggi berbanding kelas tuisyen di pusat tuisyen. Nak tau?

Jadi kami dah dapat pelanggan kami yang pertama. Actually minggu lepas,ana dah buat iklan dan tampal di tempat tempat strategik seperti kedai runcit,tepi bank dan dalam kotak post rumah rumah banglo sekitar seri iskandar.Ana actually offer nak ajar math dan add math form 5. so far dah dua orang call ana, satu guru pusat tuisyen dan sorang lagi kak faezah. ana harap ada lagi yang akan call tak lama lagi.

anda semua tahu tak bahawa mengajar tuisyen ni sangat seronok dan menguntungkan?anda tidak perlukan modal yang banyak melainkan beberapa buah buku,intelek anda dan juga minat mengajar yang ada dalam diri anda. InsyaAllah sedikit masa lagi ana akan share experience ana mengajar tuisyen.

selamat membaca!

Isnin, 4 Januari 2010

POST NO 5

REKOD BARU TERCIPTA

hari ini beberapa rekod baru tercipta.

1. hari ni adalah rekod main badminton paling panjang, paling getir, paling sengit pernah berlaku sepanjang sejarah di UTP. Hari ni ana telah berentap habis habisan dengan seorang shbt ana bernama "X"

2. hari ni buat pertama kali ana menewaskan si X yang sebelum ini gagal ditumbangkan. Tapi game tadi memang sengit tahap gaban. Hangit dan sengit.

3. hari ni tak ramai turun main badminton, 3 orang sahaja. Jadi hari ni rekod ana menang semua perlawanan.

Huhu.

Ahad, 3 Januari 2010

POST NO 4

FUTSAL vs BADMINTON
Ramai orang suka main bola. Dan biasanya yang suka bola akan suka Futsal. Ramai sahabat tahu ana memang tak suka main bola. futsal pun tak suka. Ntah la ana pun tak tahu sebab apa. Ana tak faham apa yang seronok sangat dengan bola ni. Tu sebab bila petang petang, ana jarang turun bermain dengan sahabat. Sebab mereka main bola. bukan game kesukaan ana.

Tapi bola ni la yang menjadi minat hampir semua sahabat baik ana, tanpa kecuali. semuanya suka. jadi ana menghargai dan meraikan kesukaan mereka. Tu sebab adakalanya ana akan turun bermain dengan mereka. Ana malu nak main sebab ana memang tak reti. Kadang kadang ana turun sekadar melihat mereka main.

2 malam yg lepas, sahabat2 ana join futsal sempena penutup ihtifal rakan masjid. ana pun datang tengok. ana nampak permainan futsal ni sangat pantas. berlari sana berlari sini.Lain sangat dari bola. Ana rasa futsal lagi seronok dari bola sepak yang nampak lagi lembab.

Ana cukup kagum sahabat ana main futsal. hebat hebat belaka. macam macam skill.haritu Halim,Akram,Mukmin,Daus,Hadi,Safwan,Yazid,Luqman,Ilham dll mempamerkan bakat yang sangat hebat. Malam tu memang Mukmin dan Safwan yang paling perform. Yang lain tak kurang juga hebatnya.

Walau apapun, ana suka main badminton. Tu sebab sekarang, hampir setiap hari ana turun main badminton.Seronok main dengan sahabat sahabat. Tapi ada banyak lagi kelemahan. Ana masih gagal nak tumpaskan beberapa figure (rahsia). hari ni ana berjaya tumpaskan beberapa rakan (rahsia). Tapi ana lebih selesa main sorang dari berpasukan. Ana perform kurang kala main beregu.

Ana menunggu nunggu untuk lawan dengan din segamat, syawal,syed haq,akram dan izwan.

Sabtu, 2 Januari 2010

POST NO 3

KE IPOH DENGAN SAHABAT
Salam.
Hari ni ana rasa sangat gembira sebab rumate yg ana rindu (Mr Zul) dah balik.Kitorang pegi  Ipoh tadi dan baru je balik . Pagi tadi kami bermajlis dengan seorang pemimpin nasional di Bandar Ipoh untuk mendapatkan sedikit nasihat dan motivasi daripada beliau.

Ucapan beliau cukup menarik. Banyak perkara yang beliau sentuh. Ada aspek politik,tarbiyah,sosial dan juga sirah perjuangan Nabi Muhamad S.A.W.Beliau menyentuh tentang tingginya nilai pemuda dalam perjuangan Islam,kesatuan pemikiran dan amal hanya akan diperoleh menerusi proses tarbiyah yang sama untuk semua,kepentingan wala' atas perkara dasar dan bukan perkara furu'.

Yang paling ana ingati ialah berkenaan mesyuarat. Mesyuarat seperti yang kita tahu adalah medium penting dalam gerak kerja islam. Dalam AlQuran Allah ada menyuruh Nabi untuk bermesyuarat untuk mencari sesuatu keputusan (boleh cek ayat mana). Mesyuarat memang sudah menjadi amalan Nabi terutamanya dalam membincangkan hal yang mustahak seperti peperangan dsb.

Beliau menyatakan dalam mesyuarat,setiap orang mestilah cuba memberikan buah fikiran dan pandangan yang berbeza.Beliau cukup tidak suka ahli mesyuarat yang hanya angguk angguk geleng geleng saja. Ini kerana bila buah fikiran berbeza,kita dapat melihat sesuatu isu tersebut dari pelbagai sudut dan sisi.Waktu inilah kita boleh berbeza pendapat dan memberikan hujah kita. Kerana sekiranya mesyuarat telah memutuskan suatu keputusan,maka adalah berdosa untuk kita membelakanginya walaupun kita tidak menyukai keputusan itu secara peribadi.

Dan dua adab yang perlu ada ialah, kita perlulah mengucapkan Alhamdulillah bila mana idea kita DITOLAK DALAM MESYUARAT dan beristigfar sekiranya keputusan kita DITERIMA. mengapa Alhamdulillah?sebab kita akan terhindar dari dosa sekiranya keputusan itu ternyata membawa keburukan dan kita beristigfar kerana mungkin idea yang diterima mungkin saja membawa keburukan lebih dari kebaikan.

sehabis majlis tersebut,ana dan sahabat sahabat pergi ke Jaya Jusco. Selain makan,kami turut mengunjungi kedai buku.Ana berbangga sebab sahabat ana semua suka membaca buku. Tapi sayang seorang pun tak beli. belek belek je yang lebih. Thanks to akram sebab belanja makan Big Apple.Ana dapat gak beli 2 buku latihan Matematik Tambahan tadi.

mesti antum semua tertanya tanya why Matematik Tambahan kan?takpelah nanti ana cerita. K bye.


Jumaat, 1 Januari 2010

POST NO 2

BULAN KELAHIRAN

Salam.blog ini baru pagi tadi ana buat. tujuan blog ini tak lain tak bukan menyuarakan hal hal tertentu untuk dikongsi bersama.Ana dilahirkan pada 24 hb feb 1987.mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah,berikut adalah ciri ciri orang yang lahir dalam bulan februari.Dalam kajiannya ini ada yg kena dengan diri ana ada yang tidak.


Yang ana setuju

-bijak dan pintar
-berpewatakan mudah berubah
-mudah menawan orang lain
-emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
-mudah mempamerkan marahnya/emosinya
-bercita cita tinggi,suka berangan dan ada harapan merelalisasikannya
-pemerhatiannya tajam
-suka benda bersifat seni
-belajar untuk mempamerkan emosi
-amat mudah cenderung untuk menjadi boros
-tidak suka dikongkong
-jujur dan setia
-keras hati untuk mencapai matlamat
-sangat berani dan suka memberontak



Yang tidak setuju
-suka hiburan (yes) dan sukan(no kecuali bdminton)
-agak pendiam
-pemalu dan rendah diri
-suka kegiatan lasak
-tidak suka benda remeh temeh
-suka berkawan tapi susah mempamerkannya
-berkecenderungan pada tahyul



ana yakin sahabat semua sudah kenal ana siapa. ana mengucapkan terima kasih kerana antum semua adalah sahabat yang memahami.sesungguhnya sahabat seperti antum memang tiada gantinya.tak lama lagi INSYAALLAH akan graduate. ana sedih sebenarnya sebab masa bersama sahabat kat sini dah semakin sampai kepenghujungnya.

lepas ni,mungkin sukar untuk kita spend masa bersama dan berprogram bersama.tu sebab ana pada semester akhir ini ana cuba jaga hubungan baik ana dengan semua orang. semester yang sudah sudah,ada saja isunya.ana harap hubungan ana dengan antum semua akan jadi lebih baik sebelum ana pergi.


POST NO 1

Assalamualaikum w.w

Ana doakan sahabat ana semua sehat sejahtera. Seperti yang antum semua tahu,ana sudah mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuhnya blog http://zamankini.blogspot.com untuk isu politik dan semasa sahaja.Jadi ana takkan masukkan apa apa lagi berkenaan cerita peribadi atau apa apa luahan hati dalam blog tersebut.

Tujuan ana berbuat begitu ialah untuk meningkatkan tahap integriti blog http://zamankini.blogspot.com supaya dapat menarik lebih ramai pembaca diluar seterusnya menaikkan lagi kesedaran masyarakat tentang isu isu nasional dan tempatan.

Tapi ana sedar,ana perlukan ruang baru untuk ana berkongsi cerita,pengalaman,masalah dan kegembiraan ana dengan sahabat sahabat,especially sahabat yang ana rasa paling dekat dengan ana.Buat pengetahuan sahabat sahabat,blog ini bukan untuk bacaan umum masyarakat dunia,tapi hanya untuk bacaan sahabat sahabat terpilih sahaja.

Jadi ana berbesar hati menjemput sahabat sekalian untuk membaca ruangan ini. InsyaAllah segala persoalan tentang diri ana yang ana ingin kongsikan,ana akan tulis di sini.

sekian,terima kasih.