pic 1: waktu fondation
Saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada sahabat saya Muhamad Firdaus Bin Ismail yang ke-23 tahun. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam baki umur beliau yang masih ada, InsyaAllah.Saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama ke mapley sebentar tadi kerana masalah kenderaan yang tidak mengizinkan.
Saya mengenali Firdaus aka Daus Media ini semenjak Fondation lagi. Dia adalah seorang sahabat yang baik. Beliau berasal dari Taiping Perak. Dahulunya daus ini kurang dikenali. Tetapi semenjak penglibatan aktif beliau dalam Medtech, nama beliau terus melonjak dan menjadi sebutan ramai. Kini nama Daus Media sudah sinonim dengannya.
pic 2: waktu muda muda
Bagi saya Daus ini suka membantu sahabat. Dahulu saya pernah hilang kunci bilik. Dia sanggup bersusah payah masuk bilik saya di V5F menerusi tingkap tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Terlalu banyak kalau nak disebutkan pertolongan beliau untuk saya sebut satu persatu dalam ruangan ini. Beliau juga seorang yang berahsia. Sangat berahsia terutamanya tentang keluarga. Bila dekat nak final year ni barulah dia ada bercerita dan berkongsi.
pic3 : sewaktu program smart solat
Daus ini orangnya juga low profile. Dia bukan seperti saya yang.........Dia senyap saja orangnya tapi rajin bekerja. Dan yang paling penting Daus ni orangnya score dalam akademik dan sebabnya hanya satu iaitu beliau seorang yang rajin berusaha. Biarkan sibuk nak m&#p*s dalam jadual hariannya, tapi akademik itu tetap keutamaannya.
pic4 : waktu intern
Apapun, Daus ini bagi saya sahabat yang cukup memahami. Dia cukup kenal dengan saya. Nakal saya juga dia tahu.Serba serbi dia tahu. Saya bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang baik sepertinya. InsyaAllah kita kekal sahabat dunia akhirat. Selamat Hari Jadi Daus. Maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan