HOBI
Menyambut harijadi bukanlah hobi saya sebenarnya. Cuma terikut ikut dengan orang lain yang selalu sambut harijadi sahabat mereka.Setakat saya hidup ni, wish besday orang tu selalu la, tapi kalau nak sambut betul betul tu hanya dua kali je kot setakat ni. Pertama saya sambut harijadi adik saya Aizuddin Segamat.Kedua ialah sambutan sebentar tadi iaitu harijadi serentak tiga sahabat iaitu Baem,Syed dan Izwan.
Sekarang saya baru tahu bahawa menyambut harijadi ni bukan kerja senang.Saya rasa modul dalam Minggu Aluan Siswa lagi senang nak handle daripada harijadi. Bukan sebab apa. Banyak cabarannya sambutan harijadi ni.Yang paling susah nak handle ialah KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT sekalian. Saya pada asasnya faham bahawa sahabat sahabat semuanya sibuk. Macam macam perkara yang menjadi halangan walaupun rasanya dah inform lebih awal.
Biar saya cerita kronologi sambutan harijadi hari ni:
11.40 pagi-12.30tgh hari
Misi mencari kereta telah dimulakan. Saya bekerja sama dengan Mukmin shbt saya untuk urusan cari kereta. Survey sana sini ada ada saja halangan nya. Akhirnya Mukmin berjaya meminjam kereta milik Hannan.
2.00 petang-4.00petang
Misi ke Ipoh bermula. Seusai sahaja solat Zohor, saya dan Mukmin pun bertolak ke Ipoh menaiki kereta wira milik Hannan. Isi minyak RM20 guna duit saya dulu. takpe. Saya pun keluar duit RM100 dari mesin ATM.Sampai saja di Secret Recipe Ipoh,kami pun survey kek pula. Terlalu banyak jenis kek. Rambang mata nak pilih. Akhirnya kami pun try 2 kek berbeza dengan cara beli dua slice berbeza terlebih dahulu. Hmm,nyam nyam nyam..sedap.Akhirnya kami pun pilih kek white Chocolate Cake dengan harga RM75. Bila campur campur dengan dua slices tadi kene bayar dalam RM93.
Sepanjang perjalanan balik saya telahpun assign Naufal untuk invite 10 orang sahabat Jan08 ke majlis sambutan itu nanti. Manakala bagi undangan July07 saya telah memberi tugasan itu kepada Aizuddin Segamat. Jadi akan ada lebih kurang 20-25 orang dalam Majlis itu nanti.
4.00petang-5.00petang
Kamipun hantar kek ke rumah saya di v5B terlebih dahulu kerana takut cair. kemudian kami terus ke Taman Maju untuk beli kacang dan air HPA. ini adalah makanan sampingan. Sebab duit saya dah habis maka Mukmin terpaksa menggunakan duitnya terlebih dahulu sebanyak RM20. Memandangkan kami belum makan tengah hari, jadi kami pun terus bersantap di kedai makan Nasi Lemak Kukus Taman Maju. Mukmin belanja..
5.00 petang-7.15 petang
Kami asar di masjid dan terus baca Al Maathurat secara beramai ramai. Secara tiba tiba hari hujan lebat. Maka kamipun terkurung di Masjid. Secara tiba tiba Aizuddin Segamat Menarik diri dari meng-invite sahabat July07 sebab dia kata dia sedang bizi. Jadi saya dengan berat hati pun menggalas tugas tersebut. Maka saya pun mesej dalam 10 orang sahabat july07 dan minta mereka reply untuk konfermkan kehadiran. Separuh saja yang reply.
7.15petang-9.00 malam
Saya solat maghrib di Masjid An-Nur. Lepas solat rasa macam nak stay je. Sahabat lalu lalang. Pali ada tapi masing masing berlalu begitu sahaja. Mungkin ada tugas kot. Saya hanya duduk dalam masjid sambil berzikir dan baca mathurat sorang sorang. Saja nak tenangkan diri. Ingat dosa. Ingat Tuhan. sambil sambil tu tangan ligat menulis mesej ke sahabat sahabat pasal harijadi budak tiga orang ni. Risau sangat malam nanti tak ramai yang turun.
9.00malam-12.00 malam
Alamak!! meeting habis lewat plak. Nak skip tak boleh sebab meeting penting. Saya pun mula risau apa nak jadi dengan majlis tu nanti. Tangan saya ligat menghantar mesej mengingatkan semua tetamu untuk hadir. Habis sahaja meeting saya terus cabut balik nak ambil kek.
Bila saya tanya Mukmin dah ready kat sana ke belum, dia pun cakap baru nak packing, baru nak siap siap..Heloinnnnn?baru nak pegi? Tapi takpelah. Mungkin ada kerja.
Tiba tiba ramai yang mesej kata masih dekat booth MMK la, ada keja ni la, tak boleh lama la, bla bla bla..macam macam la. Yelakan~ orang bizi semua. Lagipun esok memang ada Minggu Mesra Kampus (MMK). So nak wat cam mana...
Saya balik bilik terus kejut Hidhir yang tengah tido lentok. "Helo..bangun skang..dah lewat dah ni" ujar saya kepada Hidhir. Maka kami pun bertolak. dalam fikiran saya jangkakan at least 20 orang kena ada malam tu. Sebenarnya bukan apa. Kalau 20 hadir, at least lagi meriah,sampai maksud majlis tu dan yang penting PULANG MODAL. yela, mahalkan majlis tu. Ala ala Grand punyer celebration.
Bila sampai kat pavilion masjid tu, rupanya baru ada 4 orang. Yazid,Mukmin,Izwan (besday boy) dan hafizi. Lepas tu datang lagi Syed (Besday Boy) dan Baem (Besday Boy). beberapa minit kemudian datang pulak Syawal (berkain pelikat) dan juga Faisal. Diikuti oleh Che Boo dan Aizuddin Segamat. Kemudian Amin Jailani pun sampai (berkain pelekat). Kemudian tibalah Naufal Al Habshi berjalan kaki dari V5 (jauhkan?). Dan the late comers untuk malam tu adalah Zulgmie dan Juga Asnawi.
Bila di kira kira balik hanya 16 orang yang datang daripada 25 orang iaitu sekitar 64% sahaja kehadiran. Disebabkan semua orang datang pada time interval yang berbeza maka majlis itu meleret leret hingga ke pukul 1.30 pagi!!
1.30 pagi
Masing masing beransur balik. Last sekali tinggal saya dan Asnawi beserta Zulgmie berbincang soal ukhuwah. Kami sempat rakam ucapan video dari Zulgmie. Lepas kemas kemas meja dan matikan kipas kami pun bertolak pulang.
KESIMPULAN MAJLIS
Majlis malam ni tidak teratur. Tiada ucapan. Hanya gurauan dan senda gurau sahaja. Kehadiran sangat mengecewakan. Kehadiran Jan08 ialah 2/10. Agak sedih disitu. Tapi saya bersangka baik. dengan mereka semua. Cake pun lebih. Rasa macam nak makan je sorang sorang. Tapi rasa muak pulak. Rasa nak muntoh pun ada.
Tahniah kepada batch July07 yang ramai turun malam tu. Lagipun 3 orang besday boy memang dari batch ini pun.(Izwan,Syed dan Baem). Tahniah juga kepada batch Jan08 yang tidak hadir. At least mereka ada kerja kerja lagi penting yang boleh disiapkan.
Special thanks to Hidhir sebab sudi hadir. Walaupun status sebagai orang asing, namun dia tetap mengagahkan diri untuk hadir. Sebenarnya dari segi financialnya majlis ini mencatatkan deficit/kerugian sebanyak lebih kurang RM65. Siapakah rasanya yang bakal menanggung kerugian ini?Sila Jawap.
Nasib baik Hidhir dah janji nak support lebih sikit untuk majlis ni. So bolehlah saya claim dari dia. Lagipun dia dah kerja di Kuala Lumpur.Mengajar Tusyen lagi. Memang kaya. Jadi pagi besok saya akan bincanglah dengan dia.
PERSOALAN
Serikkah saya menyambut Harijadi lagi???
Takpe. Sekarang Task kalian pulak. Harijadi Saya dijangka jatuh 24 FEB ini. Maka saya nak lihat akan ada tak orang yang akan buat kerja kerja gila seperti yang saya buat hari ni???Akan ada tak orang yang ingat harijadi saya.Sama sama kita saksikan.