SELAMAT HARI JADI SYED HAQ
Hari ini adalah hari yang bersejarah. Adik saya, Syed Muhamad Abdul Haq Bin Syed Mat Daud kini menjangkau usia 21 tahun.Sebenarnya beberapa bulan yang lepas saya sudah mula bertanya dan sudah berkira kira untuk menyambutnya.Malam tadi saya sebenarnya sudah hampir hampir lupa. Mana tidaknya meeting saya habis lambat. Secara kebetulan pula kredit saya RM 0.00. Nasib baik internet tak buat hal malam tadi.
Saya ingin bercerita sedikit tentang Syed Haq ni.Saya kenal dia sudah hampir 3 tahun. Saya dahulunya adalah fasilitator smartgroup beliau. Jadi semenjak beliau fondation kami memang sudah kenal. Alhamdulillah berkat komitmen kami pada smartgroup/usrah , hubungan persahabatan kami semakin erat sampailah ke hari ini. Bagi saya dia adalah lebih kepada adik dari sahabat. Syed Haq bersama Mukmin,Zulhilmi,Amin Jailani terus kekal rapat dengan saya hinggalah sekarang.
Syed Haq ini orang Perak. Beliau asal Manong. Sekolah asalnya dekat saja dengan UTP. Awalnya dia bukanlah siapa siapa. Dia hanyalah student biasa. Tapi kini perjalanan hidupnya sudah berubah. Bermula dengan komiti biasa dalam Event Rakan Masjid beliau terus mengukuhkan kedudukan dengan menjadi HICOM TEC seterusnya Head Exhibition Pesta Konvo 2009. Beliau kini sudah dikenali ramai.Bagi meneruskan perjuangannya, beliau telah mengambil langkah bertanding Pilihanraya kampus.
Dipendekkan cerita, Beliau menang tanpa bertanding. Saya yakin beliau mesti merasa lega kerana bukan mudah mengharungi tempoh berkempen. Penat bukan kepalang. Tapi itu tidak bermakna beliau menang percuma. Saya sendiri melihat kesungguhannya menyediakan teks manifesto dan usaha usaha lainnya. Tapi saya yakin tanpa ragu, sekiranya ada pertandingan, beliau akan menang. InsyaAllah.
Walaupun Syed Haq ini sudah bergelar MPP, sudah ber'coat' ke sana sini,sudah meeting ke sana sini dan mungkin sudah mula sibuk dengan agenda agenda mahasiswanya, beliau tidak pernah berubah walau sedikitpun. Dia tetap sama. Tetap sempoi seperti biasa. Tetap rajin ke masjid solat jamaah dan tetap ada masa bersama saya dan kami semua teman teman karibnya.
Selamat Hari Jadi Syed! Semoga kasih sayang dan perlindungan Tuhan sentiasa bersamamu. Abang doakan Syed terus maju dan berjaya!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan