Malam tadi saya bercadang untuk tidur dibilek sahabat di V5D. Ini adalah satu kebiasaan bagi saya sejak dahulu lagi untuk mengeratkan ukhuwwah sesama sahabat. Dek kerana tidak pernah lagi bertandang ke rumah mereka,maka saya pun datang malam tadi.
Agak lewat saya hadir malam tadi, sekitar pukul 1.30 pagi. Saya sudah memaklumkan kepada sahabat saya itu bahawa saya akan sedikit lewat sebab ada kerja kerja lajnah yang perlu dibereskan. Jadi saya pun datang meredah hujan renyai renyai bersama kain cadar.Why kain cadar?sebab saya nk kasi pinjam kat sorang shbt ni, kain cadar die kecik dan tk sesuai dengan tilam v5 yg tebal.
Dipendekkan cerita, shbt saya tu dah tidur dan pintu telahpun berkunci. Mungkin dia dah tunggu tapi kerana saya lewat maka pintu pun trkunci. Saya pun tak sampai hati nak kejutkan.Saya pun terus ke rumah sebelah berjumpa sahabat yang saya ingin pinjamkan cadar. Dia cakap dia dah ada cadar dah. Jadi tak perlu lah cadar yang saya bawak tu.
Disebabkan hari dah lewat,saya pun bercadang tido di mana mana bilek sahabat kat sana. Tapi ada seorang sahabat ni tak kasi pulak tido sana. Tak taulah mungkin dia bergurau ke apa. Tapi dia cadangkan supaya saya tidur bilik sebelah.Akhirnya saya pun mengambil keputusan pulang dan tidur dibilik sendiri.
Lupa nak cakap,ada sorang mamat ni siap kunci pintu lagi bila saya datang. Mungkin dia bergurau kot. Tapi sikit punyer bergurau sampai tak bukak bukak dah pintu tu. Takpelah.
Jadi saya pun berjalan balik dan tido kat bilek sendiri.Nasib baik saya tidak berkecil hati. Saya melihat itu semua sekadar gurauan mereka. Takpelah. Kita dalam hidup ni tak boleh memaksa. Semuanya kene ikhlas .
Terima Kasih atas layanan baik antum semua =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan