Saya minta maaf kepada semua sebab tak update blog ni. Saya sebenarnya sekarang sedang sibuk sedikit dengan MInggu Aluan Siswa. Almaklumlah kena hadir Training Fasilitator, jadi memang agak sibuk la.Saya telah di amanahkan sebagai Head untuk Activity and Role Play (ARP).
ARP ni satu departmen yang menjalankan aktiviti dan modul modul khusus untuk pelajar baru. Saya sangat beruntung kerana dalam ARP kali ni saya digandingkan dengan adik adik saya yang berbakat besar seperti Aizuddin Halim,Fadhli Sayuti dan tak lupa juga sahabat sahabat baru Zahin,Amalina dan Hadijah.
So far memang seronok bekerja dengan mereka.Alhamdulillah bekerja dalam ARP ni banyak mengeratkan hubungan persahabatan kami. Saya tak pernah terfikir untuk dapat bekerja bersama sama mereka sebelum ni. Semasa saya praktikal dulu, saya hanya mampu mendengar bahawa Aizuddin Halim dan Fadhli (shbt baik saya) seronok dalam MAS.
Tapi biasalah, saya ni dah 3 tahun tak masuk MAS. Lagipun ni baru kali ke-2 saya masuk. Jadi kurang pengalaman dan juga banyak perubahan yang saya lihat sejak Jan 2007 dulu. Jadi tidak hairanlah adik adik saya lagi menonjol dan lebih kreatif. Baguslah kalau macam tu.Saya tidak harus melihat ini sebagai satu masalah kredibiliti atau sebagainya kerana masing masing ada kebolehan masing masing yang perlu ditonjolkan.
Risau jugak saya sebab FYP dan FYDP tak mula mula lagi. Takut nnti kelam kabut nak buat bila sem baru bermula. Tapi takpelah. Ini adalah MAS terakhir buat saya InyaAllah. Inilah masa terbaik untuk bersama sahabat sahabat.
p/s: gambar di atas adalah waktu pertama kali saya menyertai MAS pada Jan07. Waktu tu saya baru nak masuk tahun 1 semester 2. Sekarang saya sudah di tahun 4 semester ke 2.Saya bersama abang Hasbullah di Dewan Chancellor.Nanti saya akan update gambar saya waktu MAS Jan10 pula.
sampai bertemu lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan