Sabtu, 2 Januari 2010

POST NO 3

KE IPOH DENGAN SAHABAT
Salam.
Hari ni ana rasa sangat gembira sebab rumate yg ana rindu (Mr Zul) dah balik.Kitorang pegi  Ipoh tadi dan baru je balik . Pagi tadi kami bermajlis dengan seorang pemimpin nasional di Bandar Ipoh untuk mendapatkan sedikit nasihat dan motivasi daripada beliau.

Ucapan beliau cukup menarik. Banyak perkara yang beliau sentuh. Ada aspek politik,tarbiyah,sosial dan juga sirah perjuangan Nabi Muhamad S.A.W.Beliau menyentuh tentang tingginya nilai pemuda dalam perjuangan Islam,kesatuan pemikiran dan amal hanya akan diperoleh menerusi proses tarbiyah yang sama untuk semua,kepentingan wala' atas perkara dasar dan bukan perkara furu'.

Yang paling ana ingati ialah berkenaan mesyuarat. Mesyuarat seperti yang kita tahu adalah medium penting dalam gerak kerja islam. Dalam AlQuran Allah ada menyuruh Nabi untuk bermesyuarat untuk mencari sesuatu keputusan (boleh cek ayat mana). Mesyuarat memang sudah menjadi amalan Nabi terutamanya dalam membincangkan hal yang mustahak seperti peperangan dsb.

Beliau menyatakan dalam mesyuarat,setiap orang mestilah cuba memberikan buah fikiran dan pandangan yang berbeza.Beliau cukup tidak suka ahli mesyuarat yang hanya angguk angguk geleng geleng saja. Ini kerana bila buah fikiran berbeza,kita dapat melihat sesuatu isu tersebut dari pelbagai sudut dan sisi.Waktu inilah kita boleh berbeza pendapat dan memberikan hujah kita. Kerana sekiranya mesyuarat telah memutuskan suatu keputusan,maka adalah berdosa untuk kita membelakanginya walaupun kita tidak menyukai keputusan itu secara peribadi.

Dan dua adab yang perlu ada ialah, kita perlulah mengucapkan Alhamdulillah bila mana idea kita DITOLAK DALAM MESYUARAT dan beristigfar sekiranya keputusan kita DITERIMA. mengapa Alhamdulillah?sebab kita akan terhindar dari dosa sekiranya keputusan itu ternyata membawa keburukan dan kita beristigfar kerana mungkin idea yang diterima mungkin saja membawa keburukan lebih dari kebaikan.

sehabis majlis tersebut,ana dan sahabat sahabat pergi ke Jaya Jusco. Selain makan,kami turut mengunjungi kedai buku.Ana berbangga sebab sahabat ana semua suka membaca buku. Tapi sayang seorang pun tak beli. belek belek je yang lebih. Thanks to akram sebab belanja makan Big Apple.Ana dapat gak beli 2 buku latihan Matematik Tambahan tadi.

mesti antum semua tertanya tanya why Matematik Tambahan kan?takpelah nanti ana cerita. K bye.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan