BERAKHIRNYA MAS 2010
MAS 2010 akhirnya melabuhkan tirainya. Semalam telah diadakan majlis penutup bagi menandakan tamatnya hari hari meletihkan bagi semua fasilitator. Malam itu juga bermaksud bermulanya satu kehidupan baru bagi adik adik kita di alam iniversiti ini.
Apa yang sudah saya capai sepanjang MAS 2010 ini?Terdapat beberapa perkara yang saya berjaya dapatkan sepanjang MAS Jan10 ini. Pertama, saya akhirnya berjaya menempatkan diri semula kedalam Minggu Aluan Siswa setelah 3 tahun lamanya menunggu peluang sedemikian. Kali pertama saya menyertainya ialah pada Jan2007.Dek kerana kesibukan dengan aktiviti aktiviti lain (ConvoFair,MAP,TB) maka hasrat saya terbantut sejak sekian lama.
Kedua, saya dapat bekerja dengan adik adik/sahabat sahabat saya. Saya tak sangka saya adalah antara yang paling senior dalam MAS kali ini.Jadi saya sebenarnya bekerja dengan adik adik saya. Dalam masa 10 hari ini saya gunakan dengan sebaiknya untuk memperbaiki hubungan baik saya dengan mereka semua terutamanya ahli ahli department saya sendiri ARP.MAS ini adalah ruang untuk kami lebih mengenali hati budi,perangai dan tabiat masing masing. MAS menjadikan saya lebih kenal dengan mereka semua dan mereka pun lebih kenal siapa saya.
Ketiga saya dapat mengenali lebih ramai kawan.Boleh dikatakan ramai muka muka baru yang saya temui dalam MAS kali ini. Tidak dinafikan hubungan kami akrab sepanjang MAS berlangsung. waktu yang paling menyeronokkan adalah Post Mortem. Walaupun mengantuk tetapi pada waktu waktu begini ada ada sahaja perkara lucu yang berlaku.MAS memang memenatkan tapi cukup berbaloi kerana ia juga menyeronokkan.
Ke empat,saya dapat mengenali pelajar pelajar baru.Kesempatan MAS ini membolehkan saya berkongsi serba sedikit kehidupan kampus UTP ini dengan mereka. Memandangkan saya adalah super-senior di UTP ini maka ramai yang bertanya dan meminta panduan kepada saya mengenai banyak perkara. Seronok rasanya berkongsi pengalaman dengan mereka.
Banyak sebenarnya pengajaran MAS kali ini. Tapi saya tidak terdaya untuk meluahkan semuanya. Apapun, kepada semua fasilitator yang membaca post ini, saya pohon maaf atas sebarang kekhilafan saya sepanjang MAS kali ini.Jika ada terlanjur bicara,terlebih kata,tersebut yang bukan bukan, maafkanlah saya. Saya terlebih dahulu telah memaafkan anda semua.
Sekarang masanya untuk saya restructure semula perjalanan hidup saya yang agak kusut dan in-organise sepanjang MAS ini.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat untuk sem baru esok.Sama sama kita lakukan yang terbaik untuk hidup kita. Bila ada peluang saya akan upload gambar gambar MAS yang ada kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan