Ahad, 3 Januari 2010

POST NO 4

FUTSAL vs BADMINTON
Ramai orang suka main bola. Dan biasanya yang suka bola akan suka Futsal. Ramai sahabat tahu ana memang tak suka main bola. futsal pun tak suka. Ntah la ana pun tak tahu sebab apa. Ana tak faham apa yang seronok sangat dengan bola ni. Tu sebab bila petang petang, ana jarang turun bermain dengan sahabat. Sebab mereka main bola. bukan game kesukaan ana.

Tapi bola ni la yang menjadi minat hampir semua sahabat baik ana, tanpa kecuali. semuanya suka. jadi ana menghargai dan meraikan kesukaan mereka. Tu sebab adakalanya ana akan turun bermain dengan mereka. Ana malu nak main sebab ana memang tak reti. Kadang kadang ana turun sekadar melihat mereka main.

2 malam yg lepas, sahabat2 ana join futsal sempena penutup ihtifal rakan masjid. ana pun datang tengok. ana nampak permainan futsal ni sangat pantas. berlari sana berlari sini.Lain sangat dari bola. Ana rasa futsal lagi seronok dari bola sepak yang nampak lagi lembab.

Ana cukup kagum sahabat ana main futsal. hebat hebat belaka. macam macam skill.haritu Halim,Akram,Mukmin,Daus,Hadi,Safwan,Yazid,Luqman,Ilham dll mempamerkan bakat yang sangat hebat. Malam tu memang Mukmin dan Safwan yang paling perform. Yang lain tak kurang juga hebatnya.

Walau apapun, ana suka main badminton. Tu sebab sekarang, hampir setiap hari ana turun main badminton.Seronok main dengan sahabat sahabat. Tapi ada banyak lagi kelemahan. Ana masih gagal nak tumpaskan beberapa figure (rahsia). hari ni ana berjaya tumpaskan beberapa rakan (rahsia). Tapi ana lebih selesa main sorang dari berpasukan. Ana perform kurang kala main beregu.

Ana menunggu nunggu untuk lawan dengan din segamat, syawal,syed haq,akram dan izwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan