Selasa, 5 Januari 2010

POST NO 6

BUAT DUIT DENGAN PRIVATE TUISYEN

Fuh! penat rasanya. Ana baru je sampai kat bilik ni. Ana baru je balik dari Seri Iskandar, bertemu dengan pemilik GEDUNG SERI ISKANDAR TEXTILES. Mesti ramai tertanya tanya sebab musabab pertemuan kami. Betul tak?Ok ana cerita satu persatu.

SEMALAM, sekitar pukul 9.15pm, ana mendapat call dari nombor yg tak dikenali. Dia cakap begini 'Salam,ni Kak Faezah bercakap.ni kamarulzaman kan yang ada dalam keratan iklan tu kan?ok macam ni saya ada nampak iklan yang awak mengajar tuisyen persendirian.Jadi saya nak khidmat awak la untuk mengajar anak saya. Dia tingkatan tiga sekarang. harap awak dapat bantu dia la. So berapa awak charge untuk satu subjek?saya ingat saya nak awak ajar 'BEBERAPA' subjek. Boleh kita jumpa esok pukul 11.00am di kedai saya?

Saya pun jawap 'Ok Kak Faezah, esok kita jumpa pukul 11.00am' ujarku padanya.

Jadi tadi saya sebenarnya baru balik berjumpa dia. Kak Faezah ni ramah orangnya. Dia memiliki gedung textile yang sangat laris jualannya. Senang cerita orang berada jugak la rasanya. Dalam pertemuan tu kami bincangkan beberapa perkara. Pertama dia offer 4 subjek untuk saya ajar; Math,Sains,Bahasa Inggeris dan Juga fardu ain. Kebetulan saya dan roomate saya, Zulfadli memang sedang bekerja sama nak ajar tusyen. Jadi kami kongsi la. Saya ajar Math,BI dan Zul ajar Sains,Fardu Ain.

Kemudian kami cerita pasal bayaran. Nak tau berapa kami charge?buat pengetahuan semua, tuisyen persendirian ni lain dari tuisyen biasa. Untuk tuisyen persendirian,kita akan pergi mengajar ke rumah murid dan hanya mengajar dia seorang. Jadi charge dia biasanya lebih tinggi berbanding kelas tuisyen di pusat tuisyen. Nak tau?

Jadi kami dah dapat pelanggan kami yang pertama. Actually minggu lepas,ana dah buat iklan dan tampal di tempat tempat strategik seperti kedai runcit,tepi bank dan dalam kotak post rumah rumah banglo sekitar seri iskandar.Ana actually offer nak ajar math dan add math form 5. so far dah dua orang call ana, satu guru pusat tuisyen dan sorang lagi kak faezah. ana harap ada lagi yang akan call tak lama lagi.

anda semua tahu tak bahawa mengajar tuisyen ni sangat seronok dan menguntungkan?anda tidak perlukan modal yang banyak melainkan beberapa buah buku,intelek anda dan juga minat mengajar yang ada dalam diri anda. InsyaAllah sedikit masa lagi ana akan share experience ana mengajar tuisyen.

selamat membaca!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan