STUDENT PERTAMA
Semalam saya dan zul ke ipoh membeli buku buku latihan bagi kegunaan tuisyen. Selepas itu kami pergi bertemu dengan student kami yang pertama untuk sesi berkenal kenalan.Mulanya ingin pergi ke rumahnya,namun ibunya mengisyaratkan untuk bertemu di KFC Taman Maju pukul 8 mlm.
Kami pun bertemu. Bertuahnya kami kerana dibelanja makan KFC oleh ibunya. disitu kami berkenalan dan berbincang tentang macam macam perkara. Nama student kami adalah Muhamad Abdul Hadi, seiras nama housemate kami, Abdul Hadi Alias.
InsyaAllah buku buku sudah sedia. Kami akan memulakan sesi pembelajaran pada Khamis ini.
p/s : Hari ini kami nak pergi edar pamphlet lagi ke sekitar tronoh berkenaan dengan tuisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan