Assalamualaikum w.w
Ana doakan sahabat ana semua sehat sejahtera. Seperti yang antum semua tahu,ana sudah mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuhnya blog http://zamankini.blogspot.com untuk isu politik dan semasa sahaja.Jadi ana takkan masukkan apa apa lagi berkenaan cerita peribadi atau apa apa luahan hati dalam blog tersebut.
Tujuan ana berbuat begitu ialah untuk meningkatkan tahap integriti blog http://zamankini.blogspot.com supaya dapat menarik lebih ramai pembaca diluar seterusnya menaikkan lagi kesedaran masyarakat tentang isu isu nasional dan tempatan.
Tapi ana sedar,ana perlukan ruang baru untuk ana berkongsi cerita,pengalaman,masalah dan kegembiraan ana dengan sahabat sahabat,especially sahabat yang ana rasa paling dekat dengan ana.Buat pengetahuan sahabat sahabat,blog ini bukan untuk bacaan umum masyarakat dunia,tapi hanya untuk bacaan sahabat sahabat terpilih sahaja.
Jadi ana berbesar hati menjemput sahabat sekalian untuk membaca ruangan ini. InsyaAllah segala persoalan tentang diri ana yang ana ingin kongsikan,ana akan tulis di sini.
sekian,terima kasih.
abg zaman yg comel
BalasPadamThanx zaman untuk jemputan...teruskan menulis(^^)
BalasPadamThanks zaman. Teruskan membaca dan menulis.
BalasPadam